View: 4006|Reply: 46
|
[Dunia]
Kasanova disebalik skandal 1MDB yang mempunyai 'ramai isteri’!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 24-2-2022 12:23 AM
Bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner ialah 'bigamist berganda,' dakwa seorang peguam dalam perbicaraan sensasi di Wall Street ke atas dakwaan skim penyelewengan berbilion dolar rakan sekerjanya.
Leissner, suami kepada model fesyen dan bintang realiti TV Kimora Lee Simmons, didakwa 'berkahwin dengan dua wanita berbeza pada masa yang sama, dua kali,' dakwa peguam bela Roger Ng, Marc Agnifilo.
Leissner warga kelahiran Jerman itu dilaporkan telah berkahwin tiga kali, walaupun tarikh dan rekod perkahwinan dan perceraian tidak ditemui.
Dia didakwa berkahwin dengan isteri pertama dan kemudian berkahwin pula dengan Judy Chan, bekas penganalisis di Goldman dan anak perempuan pemilik perniagaan perlombongan arang batu di China. Pada masa yang sama dia juga telah mengikat tali pertunangan dengan (Kimora) Simmons.
Dia bertemu Simmons, yang sebelum ini berkahwin dengan mogul hip-hop Russell Simmons.
Pasangan itu dilaporkan mengikat hubungan mereka pada 2013 ketika hubungan Leissner dengan Chan berantakan dan kini mempunyai seorang anak lelaki, Wolfe yang dilahirkan pada 2015.
Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia didakwa bersubahat untuk mencuci wang dan melanggar undang-undang anti-rasuah.
Rabu lalu, pihak pendakwa memanggil Leissner sebagai saksi utama mereka yang merupakan bekas ketua Ng di operasi Asia Tenggara bank itu untuk memberi keterangan pada perbicaraan di Brooklyn.
Pendakwa raya berkata, dalam kenyataan pembukaan pada perbicaraannya pada Isnin bahawa Ng 49 tahun, menerima sogokan $35 juta kerana bersubahat.
Leissner, 52 tahun pada 2018 mengaku bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah bersetuju untuk bekerjasama dengan penyiasat kerajaan dan memberi keterangan terhadap Ng untuk hukuman diringankan membabitkan rampasan $43 juta.
Pasangan itu didakwa bekerja dengan pembiaya Malaysia Jho Low untuk mengalihkan wang itu bagi membiayai gaya hidup mewah mereka.
Agnifilo memberitahu juri bahawa Leissman 'mempergunakan orang' dan mempunyai hubungan 'sulit' dengan Jasmine Loo, seorang peguam di 1MDB, lapor The New York Post.
Dia telah melarikan diri dari Malaysia dan dikehendaki oleh pihak berkuasa.
Peguam berkata Leissner dan Loo membina 'hubungan percintaan yang terlarang dan intim'.
Agnifilo berkata: 'Leissner menggunakan wanita, dia menggunakan keintiman palsu dan kini dia cuba menggunakan anak guam saya untuk memaksanya menjalani hukuman penjara.'
Jika sabit kesalahan, Ng berdepan se-dekad penjara kerana dakwaan penyelewengan untuk membiayai gaya hidup yang mewah.
Peguam bekas jurubank itu menafikan dakwaan itu dengan alasan bahawa pendakwa raya AS menjadikan Ng sebagai kambing hitam kerana kegagalan 'seluruh ahli korporat' di Goldman yang menjalankan penipuan besar itu.
Pendakwa raya berkata Goldman memperoleh bayaran $600 juta daripada urus niaga itu dan kira-kira $4.5 bilion dana yang diperoleh telah disembunyikan.
Goldman membayar denda hampir $3 bilion dan mengatur supaya anak syarikat kepada Malaysia itu mengaku bersalah di mahkamah AS.
Leissner berkata Ng ialah ketua bank Goldman dalam 1MDB dan telah memupuk hubungan dengan pembiaya Malaysia Jho Low bermula pada 2008, yang merupakan perantara utama antara bank dan 1MDB.
Membawa masuk urus niaga 1MDB ke Goldman yang akhirnya menjual bon $6.5 bilion untuk dana itu dan memperoleh bayaran $600 juta 'pantas menjadikan kami wira' dalam bank, kata Leissner.
'Ketamakan dan impian besar menguasai,' kata Leissner akibat daripada tindakan itu telah memusnahkan hidupnya.
Sebelum berkahwin dengan Kimora Lee Simmons, Leissner telah berkahwin dengan Judy Chan, yang kini mengendalikan Grace Vineyard, kilang wain milik keluarga pertama di China.
Chan dan Leissner bertemu di Goldman ketika dia bekerja sebagai penganalisis junior. Tidak jelas tarikh sebenarnya mereka berkahwin.
Menurut laporan Chan dan Leissner bercerai pada 2013 dan rekod perceraian tidak mudah diakses.
Pengarang Tom Wright dan Bradley Hope, dalam novel Billion Dollar Whale, melaporkan bahawa Leissner berkahwin dengan Chan selepas menceraikan isteri pertamanya.
Maklumat berhubung identiti isteri pertamanya yang dikatakan tidak didedahkan dan rekod perkahwinan pertama tidak dapat ditemui.
Leissner dan Simmons bertemu di kelas perniagaan dalam penerbangan dari Hong Kong ke Kuala Lumpur. Pertemuan awal mereka dikatakan bermula dengan pertengkaran dan berakhir dengan pertunangan.
Mereka berkahwin pada 2013, bagaimanapun, tarikh dan lokasi sebenar majlis itu masih tidak diketahui kerana pencarian rekod perkahwinan tidak membuahkan hasil.
Hubungan dikatakan menjadi dingin, walaupun tidak jelas bila mereka berpisah.
Terdapat spekulasi bahawa mereka berpisah pada Januari 2020 selepas Leissner 'dilihat bersama seorang wanita misteri'. Us Weekly melaporkan 'tersebar dengan cepat ke pengetahuan Kimora'. Dia juga dikatakan 'telah menghabiskan banyak masa jauh dari Los Angeles' pada masa itu’.
Leissner dan Simmons tinggal di rumah agam Los Angeles yang bernilai $11 juta tetapi menjual rumah itu tahun lepas. Leissner masih menetap di Los Angeles.
https://www.dailymail.co.uk/news/article-10519219/Ex-Goldman-banker-Tim-Leissner-double-bigamist-lawyer-claims-sensational-Wall-Street-trial.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gila main billion billion menyonglap..
bosku berkata benar bila dia kata kalau tak ada gst malaysia akan bangkrap... main billion billion wooooo, apa tak bangkrapnya kalau jiwa tamak tanpa batasan .... mustahil menteri kewangan tak tahu pergerakan duit yang sangat besar keluar dari malaysia .... hebatnya bosku, sangat-sangat hebat sehingga semua organisasi keselamatan malaysia bnm, sprm, polis tak berkutik masa dia buat kerja... |
|
|
|
|
|
|
|
Acik rohana tak sempat masuk list.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tim ni vvvvvvip guest kt tmpt aku keje dulu.. Tapi senang nak jaga, x byk complaint.. Tapi tu lah kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tanya pengikut setia belakang najib.. masih dorang cakap najib sesuci embun pagi...hahahahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik Ana kira tererla....instead Tim yg dipergunakan. Yg pompuan lain semua kena guna dan nmg org kaya. Acik Ana hanya anak bekas Ketua Pengarah JPA |
|
|
|
|
|
|
|
Duit dan burit do mix... |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tuh maybe he is a simple man tgk la taste dia semua pompuan mcm acik2 kantin ja tp kimora tuh mcm tokey kantin yg garang
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik Ana tu ada apa u ols...ceo kompani kroni. Acik Kimora bayor 44juta usd so that tim x payah masuk jail. Ketinggalan ketapi nak kejor level Kimora.
|
|
|
|
|
|
|
|
wanita Malaysia pantang tengok kote kulup warna putih... |
|
|
|
|
|
|
|
camna lessner ni mengayat makcik rohana, come to my apartment, we have a sweet talk, camtu la kot. acik rohana masa dia skandal dgn lessner ni dia bujang ke dah kawin? |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 24-2-2022 03:48 AM
Tim ni vvvvvvip guest kt tmpt aku keje dulu.. Tapi senang nak jaga, x byk complaint.. Tapi tu lah ka ...
kau kerja kt 1mdb kee? |
|
|
|
|
|
|
|

hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kau, man whore terus!
sakit i perut i gelak...
|
|
|
|
|
|
|
|
selayaknyalah. geli oii, minah2 kunun high class elite bagai nih kongsi jantan jalang 

|
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 24-2-2022 04:19 AM
Acik Ana kira tererla....instead Tim yg dipergunakan. Yg pompuan lain semua kena guna dan nmg org ka ...
Jgn ingat ketua pengarah JPA Malaysia ni x berduit..cer check harta dia ...orang2 atas kat Malaysia ni kuat curi duit negara dan makan rasuah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|