CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
1234Next
Return to list New
View: 3412|Reply: 66

[Tempatan] Kerajaan sedia bantu Melayu Champa, isi peluang pekerja di Malaysia

  [Copy link]
Post time 25-2-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 26-2-2022 02:00 PM


Masyarakat Melayu Champa di Kemboja terus dibantu kerajaan dan masyarakat di negara ini terutama membabitkan aspek pendidikan serta pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyarakat Melayu Islam Champa turut dilihat berpotensi bagi mengisi ruang peluang pekerjaan di negara ini selepas melihat persamaan agama, bahasa, adat dan budaya serta makanan dengan masyarakat Melayu Malaysia.

Justeru, katanya, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Hal Ehwal Islam Kemboja Datuk Dr. Othsman Hassan.
“Perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja Samdech Techno Hun Sen turut menyentuh isu sumber manusia khususnya membabitkan permintaan untuk pekerja domestik beragama Islam di Malaysia.

“Peluang pekerjaan seumpama ini boleh diisi oleh masyarakat Melayu Islam Champa kerana persamaan agama, bahasa, adat dan budaya serta makanan dengan masyarakat Melayu Islam di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menzahirkan penghargaan kepada  Hun Sen dengan jemputan diterima olehnya.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen atas jemputan dan layanan amat baik kepada delegasi Malaysia,” ujarnya.

Ismail Sabri dalam masa yang sama berkata, pelabur Malaysia dan Kemboja turut digalak melaksanakan kolaborasi dalam sektor baharu yang berpotensi seperti industri halal, teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan siber dan Fintech.

Bagi  pelabur Malaysia katanya turut  dipelawa terlibat secara langsung dalam industri pemprosesan beras di Kemboja.

Sumber:
Utusan Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

Hi. Jangan lupa buka thread dengan adanya isi kandungan ye. Terima kasih.  Post time 26-2-2022 02:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu champa tu rohingya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya ilmu akak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:43 PM | Show all posts
Udah2 la import outsider ni.. masa awal2 & sikit semua rosy la.. bila dah banyak masuk & mula buat perangai baru tau nak menyumpah…
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:57 PM | Show all posts
dah mcm yahudi serael dah gigih ccari sedara mara utk dibawa pulang ke tanah yg dijanjikan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:12 PM | Show all posts
Melayu marhaen malaya pun ramai lagi tertindas dengan melayu kayangan & melayu celup, ada hati nak tolong melayu champa

Ke bunga-bunga projek kartu tanda penduduk lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm...nak kasi kerakyatan free kerteww??
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 25-2-2022 07:18 PM
noor2 replied at 25-2-2022 06:31 PM
Melayu champa tu rohingya ke?


Melayu Islam di Kemboja dek..tp cakap melayu pun sepatah haram.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:27 PM | Show all posts
Nak bawa jadi pembantu rumah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:30 PM | Show all posts
Melayu champa di Malaysia yang sudah berpuluh tahun dan lahir di Malaysia tu pun ramai yang hidup merempat tiada IC.

Saya ada tengok satu nenek tua warga Malaysia tu menangis sedih suruh kerajaan bantu melayu kemboja untuk dapatkan IC dan sebagainya.

Buat apa nak bawa masuk? Yang di malaysis tu pun terbiar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:36 PM | Show all posts
Bakalan pengundi lah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:38 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-2-2022 07:30 PM
Melayu champa di Malaysia yang sudah berpuluh tahun dan lahir di Malaysia tu pun ramai yang hidup me ...

Kat Terengganu ramai, peniaga kain , baju2 di pasar malam semua derang
takkan takde IC set yang tu
siap beli rumah kedai lagi sorang yang kaka kenal
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi mail oii, dengan segala rohingya yang beribu2 dekat tanah air nieyh, now nak bawak masuk pulak champa? Pliss stadi dolu yach cara hidup deols. Iols pernah ke sana, deols yihh so pprt yach
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:59 PM | Show all posts
kera di hutan disusukan ..begitulah sikap orang kayangan demi sesuap perut boro mereka
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu yang ada tak terjaga. nak bawak sampah masuk ke dalam lagi

bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 25-2-2022 07:15 PM
Melayu Islam di Kemboja dek..tp cakap melayu pun sepatah haram.

Oh yela kemboja...

Betul tak yg ni...kalau salah betulkan

TUN bawak indon , bosnia( betulla kan)
Najib bawak bangla , rohingya
Mail bawak kemboja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 25-2-2022 06:31 PM
Teruknya ilmu akak...

Melayu kemboja rasanya..geng diaorang kaya raya dah niaga kat sini..kalau pasar kain kat ayer hitam jdt nun..geng2 dia yang penuh.dah siap stiker 3line kat van masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
awat x nak amik rakyat Ukraine tu...bantu depa..sian mangsa peperangan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2lah bwk msuk sampah hanat oi..kalo nak jugak simpan dlm rumah ko boleh x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya! Kera di hutan nak disusukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2023 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.082830 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list